SWCORP : PROGRAM HEBAHAN KERANGKAN PEKERJAAN (OF), STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (NOSS) DAN BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (WIM) MELALUI SESI LIBAT URUS BERSAMA INDUSTRI PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM ZON SELATAN


24 JULAI 2025

ILB SWCorp telah menganjurkan Program Hebahan Kerangka Pekerjaan (OF), Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran (WIM) Melalui Sesi Libat Urus Bersama Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bertempat di Hotel GoodHope, Skudai, Johor.

Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan peluang Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada 70 orang pemain industri pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam terutamanya kontraktor kutipan sisa pepejal dan aktiviti pembersihan awam (SWM Environment Sdn Bhd.), pihak berkuasa tempatan dan individu-individu yang terlibat dalam bidang ini. Program pensijilan yang ditawarkan akan merujuk kepada NOSS yang telah ditetapkan oleh SWCORP.

Image
Image
Image
Image