JKKN : MAJLIS PELANCARAN PORTAL DIGITAL JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN) 2025 - PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK SEKTOR SENI BUDAYA DALAM AGENDA TVET NEGARA

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2025 – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah dijemput oleh ILB Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) bagi menghadiri Majlis Pelancaran Portal Digital JKKN 2025 yang berlangsung di The Glass House Seputeh, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Yusri bin Mohd Yusoff (Timb Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC.

Kehadiran JPK diwakili oleh Ir. Ts. Dr. Azmi Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama Puan Rosnoizam Majid, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) dan Pegawai Unit Pengurusan ILB Encik Shahrizwan Effendi bin Hashmi.

Majlis ini merupakan inisiatif oleh ILB JKKN di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memperkenalkan Portal Digital JKKN yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu Pemetaan Budaya dan Rumah Seni JKKN. Portal ini dirangka bagi memenuhi masyarakat, penyelidik, penggiat seni serta pihak industri untuk mendapatkan akses lebih mudah kepada maklumat, bahan rujukan dan ruang promosi dalam talian.

Pendigitalan melalui portal Rumah Seni JKKN ini menyediakan perkhidmatan pengumpulan data profil individu pemegang Sijil Kemahiran Malaysia bagi 20 NOSS seni budaya (bidang tari- Teater-Muzik-Pentas) yang secara langsung berpotensi meningkatkan keterlihatan program kemahiran berkaitan seni budaya, memudahkan padanan industri-latihan, serta memperluas peluang penyertaan komuniti secara lebih inklusif.

Penyertaan JPK dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan ILB, ke arah pembangunan modal insan dalam sektor kreatif selaras dengan matlamat Malaysia MADANI dan Dasar TVET Negara.

Peranan aktif ILB JKKN dan sokongan ini amat penting dalam menyokong pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030, khususnya dalam memperluaskan keterlibatan industri dan memperkukuh sistem penyampaian latihan kemahiran.

Image
Image
Image