10 JULAI 2025
ILB SWCorp telah menganjurkan Program Hebahan Kerangka Pekerjaan (OF), Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran (WIM) Melalui Sesi Libat Urus Bersama Industri Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bertempat di Hotel Royal Signature, Alor Setar, Kedah.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang Pensijilan Kemahiran Malaysia kepada melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada 70 orang pemain industri yang hadir dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.



