HDC : KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI PPT ANJURAN ILB HALAL DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)

KURSUS INDUKSI PEGAWAI PENILAI PPT ANJURAN ILB HALAL DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)

24-25 Mei 2025, The Majestic Hotel Kuala Lumpur, Kursus Induksi Pegawai Penilai PPT anjuran ILB Halal Development Corporation (HDC) dengan kerjasama HMN Professional Services Sdn Bhd. telah dihadiri seramai 23 orang calon dari industri halal.

Kursus ini telah disampaikan oleh pegawai JPK iaitu Encik Omar bin Md Dawi (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat) dan Encik Nadzron bin Abdul Hamid (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik) yang berobjektifkan:

i) Untuk menambahkan bilangan Pegawai Penilai PPT dalam industri halal; dan

ii) Untuk menambahkan bilangan Pusat Penilaian Amali industri halal (bidang sembelihan dan sertu)

Diharapkan melalui penganjuran kursus ini, lebih ramai tenaga industri halal dapat diberi layak dilantik sebagai Personel PPT yang ditauliah oleh JPK, sekali gus memperkukuh ekosistem pensijilan kemahiran dalam sektor halal. Ini secara tidak langsung, menyokong agenda pembangunan modal insan berkemahiran tinggi selari dengan Dasar TVET Negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab rujukan global dalam industri halal.

Image
Image