8-10 Januari 2025, Mercure Living Hotel, Putrajaya
Sesi Libat Urus Keselamatan Digital Malaysia yang akan diadakan bersama Kementerian Sumber Manusia. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan dan inisiatif terkini dalam bidang keselamatan digital di Malaysia, serta bagaimana sektor pendidikan dan latihan teknikal dapat diselaraskan untuk memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.
Sesi libaturus ini akan memastikan keselarasan dalam mencapai matlamat Pembangunan kapasiti keselamatan digital negara dan perlaksanaan Akademi Keselamatan Siber Malaysia di peringkat nasional sebagai pusat pembangunan keselamatan siber TVET negara untuk menilai pakar, mengawal-selia, menyelaras penyelidikan dan pembangunan keupayaan keselamatan siber secara komprehensif dan berterusan.
Semua pihak berkepentingan, termasuk CyberSecurity Malaysia, JTM, JPK, CIAST dan Jabatan serta Unit di bawah KESUMA akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi memastikan pelaksanaan TVET dalam keselamatan digital dapat berjalan dengan lancar dan mencapai keberkesanan yang maksimum.

