IMPAC : PERBINCANGAN BAGI PELAKSANAAN SPKM MELALUI KAEDAH (SLaPB) MICRO CREDENTIAL BERSAMA ILB IMPAC DAN MPOB DI BAWAH KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

26 Mac 2024

Inisiatif ini merupakan lanjutan daripada kejayaan program micro-credential oleh ILB IMPAC bersama beberapa syarikat utama industri perladangan sawit seperti Sime Darby Guthrie (SDG) dan Sarawak Plantation Berhad (SDP) pada tahun 2024, yang telah menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor agrikomoditi.

Sesi ini turut melibatkan penyertaan wakil daripada Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS) serta Bahagian Pentauliahan (BPT) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Perbincangan memberi fokus kepada keperluan teknikal pentauliahan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program pensijilan micro-credential pada tahun 2025. Usaha kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh pembangunan modal insan selaras dengan keperluan industri.

Image
Image