JBPM : SEMINAR ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN, BADAN PENERAJU INDUSTRI (ILB) BIDANG KEBOMBAAN TAHUN 2025 PULAU PINANG

14 MEI 2025

PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena

Bertemakan "Ke Arah Peningkatan Keselamatan dan Kemahiran Bidang Kebombaan", seminar ini mengetengahkan peranan penting JBPM sebagai Badan Peneraju Industri (Industry Lead Body) dalam memperkukuh pembangunan kompetensi, standard keselamatan serta inovasi dalam latihan dan pensijilan kebombaan di Malaysia.
Ia juga membuka ruang kolaborasi baharu serta penambahbaikan terhadap standard industri, sejajar dengan keperluan semasa dan aspirasi TVET Madani dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan bersiap siaga menghadapi risiko kebakaran serta kecemasan. Majlis perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ir. Ts. Ahmad Izram bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM.

Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membentangkan dua (2) tajuk pada seminar ini iaitu Peranan JPK dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia dalam Industri Kebombaan, dan Kerangka Pekerjaan (OF) dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Penyumbang kepada peningkatan Tenaga Mahir yang Kompeten dan Kompetetif. Kedua-dua tajuk ini dibentangkan oleh Ts. Shuhaina binti Ibrahim daripada Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik, Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image