1 Mei 2025 - KESUMA telah menganjurkan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 28 April 2025 hingga 1 Mei 2025. Majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei menghimpunkan wakil kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta itu menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Sempena sambutan itu, pelbagai program turut diadakan antaranya sesi ceramah ringkas, Larian Hari Pekerja, khutbah Jumaat khas, Forum Perdana Ehwal Islam dan Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk pameran oleh agensi kerajaan dan swasta termasuk industri.
MOGSC juga turut turun padang sebagai pempamer sepanjang sambutan tersebut berlansung bagi mempromosikan sektor pekerjaan di dalam sektor minyak dan gas.


