MTSFB : KUNJUNG HORMAT DELIGASI ILB MTSFB KE JPK DAN PERBINCANGAN KERJASAMA STRATEGIK

Pada 14 Mac 2025 - Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS),JPK menerima lawatan kunjung hormat daripada Deligasi ILB Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) yang diketuai oleh Pn Normarinee Mohd Nor (CEO) bagi membincangkan hasrat mereka mempromosikan program Fiber Optic Technology Competency Certification Preparatory Course yang dijalankan bersama UTeM kepada Pusat-pusat Bertauliah di bawah JPK.

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran tenaga kerja dalam teknologi fiber optik melalui latihan penyambungan (splicing), ujian, penyelesaian masalah, serta reka bentuk sistem komunikasi optik. MTSFB merancang untuk memperkenalkan program ini ke pusat bertauliah di bawah JPK sebagai usaha memperkukuh tenaga kerja mahir dalam industri khusus di dalam bidang Fiber Optik.

#JPK #MTSFB #TVET #KemahiranUntukMasaDepan

Image
Image
Image
Image