ILB HDC merancang untuk mempersijilkan calon di bawah bidang Halal bagi Program Sertu (HI-011-3:2016) melalui kaedah Amali dan sekaligus bercadang untuk mendaftar sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT) bagi Program ini.
Bagi tujuan ini, HDC mengadakan bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Amali SKM Tahap 3 (Perkhidmatan Sertu) yang bertujuan untuk menyemak kandungan NOSS Perkhidmatan Sertu ini supaya relevan dengan amalan terkini industri dan selaras dengan garis panduan oleh Jabatan Agama Islam.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai daripada BSPKTVET, Cik Nurul Afifah binti Mohd Zaid (Penolong Kanan Pengarah) dan Dr. Fairus Atida binti Said serta pegawai daripada agensi dan industri.


