PIKM : KUNJUNG HORMAT PERSATUAN INDUSTRI KESELAMATAN MALAYSIA (PIKM) KEPADA KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

19 Mac 2025 – Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK), Puan Zuleah Binti Darsong, menerima kunjungan hormat daripada Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Mohammad Ubaidillah Bin Enam @ Iman, bersama delegasi.


Pertemuan ini bertujuan membincangkan strategi terbaik bagi melaksanakan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) untuk memastikan lebih 140,000 Pengawal Keselamatan berdaftar di seluruh Malaysia dapat memperoleh pensijilan kemahiran.


Perbincangan melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang, dengan sasaran awal untuk mencapai sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah keseluruhan pengawal keselamatan. Kerjasama antara PIKM dengan syarikat-syarikat keselamatan serta pusat latihan kemahiran sedia ada akan menjadi pemacu utama dalam usaha ini.


Dua kaedah utama yang dikenal pasti bagi mempercepatkan proses pensijilan adalah:
✅ Akademi Dalam Industri - Pekerjaan (ADi) – Latihan dalam industri bagi meningkatkan kemahiran secara langsung di tempat kerja.
✅ Pencapaian Pengalaman Terdahulu (PPT) – Pengiktirafan kemahiran berdasarkan pengalaman kerja yang telah diperoleh.
Kunjungan ini turut dihadiri oleh:
🔹 Naib Presiden PIKM, Puan Aini Suraya Binti Datuk Osman
🔹 Ketua Biro Pembangunan Sistem Latihan, Dato' Seri Shah Harizal Bin Kamarudin
🔹 Pengurus Besar PIKM, Tuan Jeff Nor Jettey
🔹 Pengurus Kanan Pembangunan dan Latihan PIKM, Encik Ahmad Ramdan Bin M. Yusof
Perbincangan ini diharapkan dapat membawa manfaat besar dalam meningkatkan taraf kemahiran dan profesionalisme pengawal keselamatan di Malaysia melalui sistem pensijilan yang lebih sistematik dan berstruktur.

Image
Image
Image
Image